follow la me..................follow jgn tak follow

nuffnag

Monday 2 May 2011

dinner with pelakon trilogi cinta








sabtu 30 april penghujung bulan 4 aku ada date ngan pelakon trilogi cinta di menara kl 8 malam.
Aku sampai kat sana kul 7.45...aku tak terus naik atas aku meninjau 2 dibawah dulu. Ada pameran warisan perak........so aku pun g la lawat pameran tu. tiba-tibaaaa bau yg amat menusuk hidung....cuba teka apa dia. baunya memang tak wangi tp rasaya memang amat menyelerakan. ha itulah bau ikan pekasan. disitu ada ikan pekasan yg telah dimasak utk dicuba oleh pelanggan utk mencuba. wah sedapnya bau je kurang menyenangkan. teringin nak beli tapi tkut plak nnti berbau satu restoran tu so aku cadang blk nnti nak beli. aku teruskan perjlnan byk brg warisan perak dijual contohnya labu sayong, anyaman bakul pelbagai. di bahagian bwh ada disediakan permainan tradisional spt congkak dll.
ku lihat jam menunjukan pukul 8 aku pun terus naik kerestoran .............hai tak ada lg tetamu sampai tapi costumer restoran ramai gak. aku lepak je la kat meja yg dah dibooking. lebih kurang 15 minit baru 4 org tetamu sampai....para pelakon tak sampai lagi.
Akhirnya sampailah tetamu yg ditunggu en rosyam noor, fauziah gous dan pelakon lain sampai.
Akak Noraini Ibnu dr RTM lah sebgai pengatur majlis. semuanya ramah and tamah............
Rosyam suruh kami semua mkn dulu lepas tu baru snap2 gambar. wah selera fouziah gous boleh tahan gak. Aku cuba cungkil rahsia dr fouziah....nak tau apa aku tanya dia? ala tentang diet dia je, yalah mkn byk tp bdn still mantain. Dia ckp dia memang suka mkn tp dia slalu g gym....fouziah memang comel and peramah.Fazurina dtg lewat ckit . Ooooo lupa lak ada sorang lg pelakon lelaki namanya Roslan Salleh ,
makan, tangkap gambar, borak2 itulah aktiviti kami hinggalah akhirnya kami chow balik ke destinasi masing2. buat muzikfm thanks and pelakon trilogi cinta U all memang best. Khas buat kak Noraini ibnu time kasih byk akk

BERITA DINNER KAT MENARA KELUAR PAPER BERITA HARIAN 4 MAY 2011






,





Tarikh: 2 Januari 2011,
Hari: setiap Ahad dan Isnin,
Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episod
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman

Sinopsis Trilogi Cinta (TV1)

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan,Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

No comments:

Post a Comment