salam
ni ada satu kisah lucu yang telah aku alami pada 4 jun 2011
lucu ke? bukan lucu la geram la..........
apa kisahnya citer la............
pada 4 jun kami bercadang nak g UTP melawat anak. Perancangan kami nak bercuti sekali . pada 3 jun suami dpt mesej dr ank buah menjemput hari cukur jambul anknya, menurut kta suami 4 jun. Aku pun tak tgk pun mesej tu. Pada mulanya kami cadang nak bertolak pukul 8 pagi ke tronoh, tp bila dpt mesej tu kami tukar program akan pergi ke majlis tu sekejap lepas tu baru kami teruskan perjln kami ke tronoh, so kami akan kuar rumah kul 10 pagi esok.
Biasalah kalau janji kul 10 jawabnya kul 11 barulah pergi , lewat sejam. Geram je........ tapi apa boleh buat sabar jelah. Kami pun bertolak ke gombak utk menghadiri majlis tersebut, jalan jem giler ( ramai balik kg or bercuti sempena cuti birthday agong) sepatutnya perjln tak sampai satu jam jadi hampir 2 jam, dah lah cuaca panas hati pun panazzz je.
Sampai kat depan rumah, aku pun bertanya hai sunyi sepinya je tak ada pun keta, selalunya klau ada majlis mesti byk keta park kat depan rumah and tepi2 jalan. Aku tgk pintu rumah pun bertutup je, lagi pelik takan majlis dah habis, kata strat kul 12, aku tgk jam kul 12.40. aku pandang suami tanya betul ke majlis ari ni, cek balik msg. bila cek msg rupanya majlis tu pada 11 jun, la mcm mana boleh jadi mcm ni......geram. mcm mana ni nak turun tak? tanya suami. tak yah la kita terus g je lah lagi pun dorang tgh relax2 kot malas ganggu. buah tangan ni mcmana? tanya suami lagi. bawak je lah. Kami pun teruskan perjlanan. Hati tgh panas bertambah panas, tapi dgn sikap sabarnya je boleh menyejukan hati ni balik.Dah la jln jem giler, jadi plak hal mcm ni.........bila kenangkan balik jadi lucu plak.
Kami pun teruskan perjalanan. Cuaca panas terik and perjln tak lancar sebab byk keta. perut lapar , nak berhenti kat RnR, yaallah penuh giler. nak berhenti pray pun tak leh, tak ada tempat nak park.So kami teruskan perjlnan dgn perut yang lapar. Akhirnya kami sampai kat UTp kul 4. Kami singggah dulu kat masjid utk solat. Lepas tu jumpa ank and terus menuju ke cafe, cafe 1 tutup, alhamdulillah kat UTP byk cafe, so kami pergi kat cafe 2, akhirnya hajat kami terlaksana. Hajat nak isi perut kelaparan. Lepas makan g balik asrama anak ambil brg ank utk teruskan perjlnan kami utk g bercuti kat lumut.
MASJID UTP
satu masalah plak, percutian kami tak dirancang awal, lst minit punya, so nak cari hotel...penuh. Ya la cuti sekolah , hujung minggu dan cuti birthday agong. pusing2 cari hotel. Kami nak cari hotel bajet je bcoz rasa bazir plak klau dok hotel mahal-mahal . pusing punya pusing, alhamdulillah akhirnya kami dapat hotel kat sitiawan itupun org yang boking batalkan saat akhirnya. Kami ambil dua2 bilik yg dicancell itu.
Lepas solat magrib kami keluar cari makan and brg utk bekal ank di UTP. shopping kat giant seri manjung. lepas tu jalan2 kat jeti lumut. akhirnya balik hotel ingat nak on9, tapi penat sgt mari kita ...........ZZZZZZZZZZZZZZ.
BILIK HOTEL YG DISEWA
HOTEL TEMPAT KAMI LANDING
MAKAN MALAM KAT MANJUNG
JALAN-JALAN KAT JETTY LUMUT
Bangun pagi mandi, sarapan roti je. Kami cadang nak g Pulau pangkor. So kami g Jetty marina. Tambang naik feri dr jeti marina ke p. pangkor rm10 utk dewasa, kanak2 rm5. Jam menunjukan pukul 8.40, lagi 20 minit kami bertolak ke pangkor. kat jetty marina tak berapa ramai sgt org , bcoz pagi sgt kot lg and jetty ni baru.
Akhirnya kami kami samapi kat pangkor, pejlnan naik feri cuma 8 minit je, kalau naik ferry g langkawi lama skit. Kat jeti pangkor pun tak ramai org lagi. kami sewa van rm60 selama 2 jam pusing pangkor. G tempat sejarah, hasil perikanan , pantai tempat mandi mada kat teluk nipah tak macam dulu dah persisiran pantainya sudah sempit kerana pembangunan, so tinggal pandai bogak tapi tak cantik.
habis pusing2 kat pangkor kami g market beli sovinier buat kenangan.
DALAM FERRY
KAT KOTA BELANDA
MENARA TINJAU
KAT JETI PANGKOR
PERHIASAN MAGNET BUAT KENANGAN
Kul 12.30 kami naik ferry g kat jetty marina .
Masa makan.....kami g makan kat kedai makanan dan minuma kedai silaturahim. Ramainya org, kena rebut tempat dukd and meja...hihihi. Yang bestnya kat kedai makan ni lauknya berbagai jenis rasanya ada lebih 20 lauk tu tak campur ulam2an lagi, mcm2 ulam ada. Air plak layan diri dah siap , kita tuang sendiri and campur ais sendiri. harga pun berpatutan.
dah kenyang ........alhamdulillah. gso lat kat surau kat teluk batik.
ya rabbi.....ramainya org beratur nak tunaikan hajat (buang air)
yang nak mandi lepas mandi laut satu hal.....berpasir2 toilet.
tak tahan dah g cari toilet lain, nampak satu toilet ni ada 2 -3 org samapi kat situ TUTUP. oRG YG JAGA G MAKAN. dENGAR ORG YG TUNGGU TU MERUNGUT2, KLAU NAK G MAKANPUN GANTILAH NGAN ORG LAIN.
kata kul 1- 2 tutup , ni jam dah menunjukkan kul 2.30 tak nampak pun btg hidung org yg jaga tu....geram jangan engkau geram...geram2.
Aku pun apa lg ulang-alik g mari menahan senak. akhirnya muncul lah penjaga tu. alhamdulillah tertunai dah hajat , lega perut. beli kcg rebus mkn2 kat teluk batik lepas tu terus blah.
g lak taman monyet, dgr citer kat sini manyak money.....silap lak monyet la. klau money kan best. jalan untuk merentasi hutan paya bakau disediakan. masa kami g tu sekor monyet pun tak ada......kami juga merentasi jambatan gantung.tgk org mancing.
JAMBATAN GANTUNG
penatnya nak g jalan2 jeti lumut pun dah tak ada mood...........masuk je keta anak2 semua tidor. Cian pemandu nampak ngantuk gak tp nak camna dah tugas awk mandu, kena gak lak teruskan memandu. ank2 senyap sunyi kepenatan tido dgn lenanya.
Destinasi seterusnya antar anak balik utk teruskan perjuangannya. kat mana? UTP la........semoga kenangan bersama keluarga dilumut &pangkor meninggalkan kenangan yg manis buat FARID. Teruslah perjuangan untuk terus berjaya didunia n akhirat.
BERSAMBUNG
la apasal xketuk pintu umah... nasi lemak byk masak masa tu.. kami 3 beradik, Kaklong, Ani & Nurul gi NSK that time.. ciannya Ucu... he..he.. tp mmg kelakar la... ;p
ReplyDeletetak ada rezeki la tu.
ReplyDeletelain kali tulis kat pintu kami takda kat tumah tapi nasi lemak ada.............hihihihi
wah..
ReplyDeletebest r cuti2 malaysia
haha
alahai....ucuku! ada2 aje... dh smpai, ketuk je pntunye kot...he.he.he.. bestnye g cuti2 m'sia!!!!!!!!!!!
ReplyDelete