follow la me..................follow jgn tak follow

nuffnag

Sunday 29 May 2011

KEROSAKAN OTAK

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

GENIUS

Rahsia Pemakanan Genius Islam
by ADMIN on JUNE 28, 2008
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

RAHSIA BUAH-BUAHAN

Rahsia Personaliti Disebalik Buah-Buahan

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia..

1-JENIS LIMAU…
Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.

Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu…

2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.

Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok…

3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan…

4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati2…

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.

Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti…

6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.

Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian…

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…

BUKAB LAWAK...........SERIUS

Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)


Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

RAHSIA?

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

BERDOA

Waktu Yang Baik Untuk Berdoa

• Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
• Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
• Pada bulan Ramadhan
• Pada malam Jumaat
• Pada hari Jumaat
• Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam
• Pada tengah malam
• Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam)
• Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
• Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
• Pada waktu sahur (sebelum fajar)
• Sesudah berwuduk
• Ketika orang azan untuk sembahyang
• Antara azan dan iqamat
• Ketika orang mengucapkan iqamat
• Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
• Di dalam pertempuran di medan perang
• Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
• Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
• Ketika sedang membaca Al-Quran
• Setelah tamat membaca Al-Quran
• Ketika minum air zamzam
• Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi)
• Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama
• Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam)
• Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
• Pada waktu turun hujan
• Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu

KULIAH



MASJID KOTA DAMANSARA



Semalam 29 may 2011 g masjid Kota Damansara nak dgr ceramah perdana ustaz Azhar Idrus. G ngan suami je. Samapi sana terkejuz tgk byknya keta. Parking kat tepi jalan je pjg berjela. Ramainya org. Alhamdulillah sempat sembahyang magrib berjemaah. Sejam ceramah, sejam lagi soal jawab. lepas ceramah solat isyak berjemaah. Lepas tu sessi makan2. Dgr citer 4 ekor kambing (aqiqah) and sekor lembu tumbang utk majlis menjamu selera............alhamdulillah.
Tak sangka jumpa jiran lama ella (bukan penyanyi rock tu tau) and family...sempat borak2 jap. Lepas makan kami pun pulang. sampai umah kul 12.........ngantuk sgt .............zzzzzzzzzzz

Wednesday 25 May 2011

LAWAK MALAS

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang
yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku


Katanya : "saya adalah yang paling malas"


Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"


Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".


Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia
tuanku".


Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".


Maka raja pun terdiam?


Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:


"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"


budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".

JOM KITA GELAK

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap atas kesalahan yang tak perlu diperjelaskan.
Lalu hakim berkata..

"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab... kamu akan ditahan di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan.

"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif."

Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan.
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..

Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..

Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..

"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..hakim berkata,

"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".

Pelawak itu kemudian dibebaskan

Bodoh tak bodoh hahaha

CITER-CITER

Ni nak citer hari tu (19 mei 2011) masa balik antar ank kat UTP sesuatu yg tak diduga and tak disangka aku dapat jumpa saudara mara......la ingat kan apa la buat suspen je.
Aku gembira sangat ya la, dah lama aku tak jejak kaki kat umah saudara mara ni klau jumpa pun kat kenduri kendara aje itupun tah bila2.
Fisrt aku cdg nak g umah sepupu kat felcra talang tiga...tanpa kuduga perjlnan kami( bersama suami) melalui kampung opah (ibu mertua abg suamiku)kat kg Gajah. Kami pun singggah sebentar, lawat opah yg sedihnya kami tak bawa buah tangan pun sebab tak dirancang. Opah tinggal sorang2 je, umah kampung dua tingkat, ank2 balik barulah penuh rumah ni and meriah dgn anak cucu. Sibuk opah ajk kami mkn dulu sebelum pulang, kami menolak dgn baik , bcoz kami nak g tempat lain lak. Opah hidangkan kami kopi O and biskut dan roti. Lain kali kami datang kami makan kat umah opah.Walaupun opah dah umur 80 tapi nampak cergas lagi.
Lepas tu aku pun cal sepupu aku, nak suruh dia explain jln nak g umah dia. tak pernah g pun. Akhirnya sampai gak kat umah seppupu ku itu. Kami disambut ngan mesra. Sepupu ku itu ada seorg ank istimewa umur 11 tahun. Kulihat layanan sepupuku and suaminya pd ank istimewanya itu sungguh penuh kasih sayang...terharu aku.Menurut citer sepupuku anknya kena demam panas masa kecil lupa lak masa umur bape bulan. Besar sungguh kesabaran yg perlu ada pada setiap ibubapa yg punya ank istimewanya. bertuah ibubapa yg ada ank istimewa kerana kesabaran mereka ada balasan yg istimewa jua menuggu. Kudoakan agar sepupu ku itu bahagia bersama keluarga.
Lepas tu kami g umah makcik (mak sepupuku itu) ,10km perjlnan dr rumah sepupuku. Makcikku ini adik arwah ibuku. Last aku pergi umah makcik ku ini masa kahwin sepupuku ni la. Masa tu aku dah ada 3 org ank maknanya dah hampir 15 tahun aku tak g umah makcikku ini walaupun tak lah jauh tp masa je tak ada. Borak blablabla..................nak pulang dah. Makcik bekal kan aku ikan sungai....bestnya dah siap disiang lagi best.
Cadang nak singgah umah makcik lagi satu tapi dah lewat dah.........lagi pun umah makcik ni selalu aku g. Dia tinggal sorang je........kerja sawah bendang. Lain kali lah aku g sana hari dah gelap so kami teruskan perjlanan singgah pray, mkn and terus pulang..........lalala.
Tiba-tiba sedih lak, ingat ank yg ditinggalkan tadi kat UTP......bukan buang ank tau tapi antar ank kat UTp menuntut ilmu. Apa dia buat ekrang, tentu sibuk ngan ceramah dll. Orientasi seminggu, tapi isnin dah ada kelas. Hanya doa yang ibu dapat titipkan setiap masa.

BERJAYA DUNIA N AKHIRAT

Jumaat ni last sekolah, bermulanya cuti pertengahan tahun selama 2 minggu. Ank (syikin)yg kat MRSM pekan akan balik. Ank yang kat UTP baru nak bermula kat sana. Semoga Farid akan tabah sebagai mahasiswa kat sana. Tentu byk cabaran akan ditempohi sepanjang pengajian nya kat sana. Sebagai ibu, hanya doa dan nasihat akan sentiasa mengiringi perjalanan anak yang disayangi. Semoga perjalanan hidup sebagai pelajar di UTP akan berjalan lancar dan mencapai kejayaan dnuia n akhirat dengan cemerlang. Ank sulung (fatin) masih bercuti semesta pertama. Bulan julai akan meneruskan pengajian.
Doa ibu buat ank2, semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia n akhirat, berjasa kepada ugama, bangsa, keluarga n negara.

Monday 23 May 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat



21 MEI 2011-Berikut adalah berita terkini tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim hulu langat. Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.





MANGSA YANG MENINGGAL DUNIA
1. Mohd Azret Azahari, 8

2. Mohd Naerzein M.Nor, 8

3. Mohd Imal Fahad, 9

4. MOhd Riezman Abdul Latif, 9

5. Shahrul Nurimran Adnan, 9

6. Mohd Aiman Abdullah, 10

7. Mohd Hazim Sapri, 10

8. Ahmad Lokman Hakim, 11

9. Mohd Kamarul Amizan, 11

10. Wan Ahmad Hasril Hazim, 11

11. Mohd Mustakim Mamat, 12

12. Mohd Zid Azahari, 14

13. Nurahimi Rosdi, 14

14. Dzahir Haziq M.Muin, 18

15. Zahid Asswal Zamri, 19

16. Farid Ibrahim, 34
ALFATIHAH.... buat mangsa yang terkorban semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman...............amin.
TAKZIAH! buat keluarga yang terlibat. semoga bersabar atas segala ujian , ada hikmah di sebalik nya
Terselamat:

1. Khairul Anuar Nasri, 9

2. Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

3. M.Harris Izuddin Shahrul, 11

4. M.Aizat Khusairi Abd Karim, 12

5. Zulkhairi Aminuddin, 13

6. M.Allaudin Sobri, 14

7. M.Syatiq Ibrahim, 21

8. Izzuddin Abdullah, 30

9. Mohd Izuan Zakaria, 33

10. Siti Fatimah Ibrahim, 21

Sunday 22 May 2011

Saturday 21 May 2011

DOA UNTUK IBU BAPA




Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Tuesday 17 May 2011

ALHAMDULILLAH



Alhamdulillah.........berita gembira yang pertama anak dapat biasiswa petronas, melanjutkan pelajran ke UTP, matrik dapat kat banting, tunggu keputusan UPU plak.keputusan UPU keluar dapat UIA, cos kejuruteraan. Semalam dapat keputusan biasiswa MARA dapat ke UTP jua.
Gembira hati ini bila impiaan dan doa telah dimakbulkan oleh Allah. Selalu berdoa, setiap kali lalu kat UIA gombak, semoga anak dpt belajar kat situ. Akhirnya anak dapat tawaran kat UIA.
anak memilih UTP akhirnya......mudah2an pilihan nya yang terbaik buatnya, keluarga, bangsa dan agama...........insyaallah. Mak akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak mak.
Yallah Kau permudahkanlah segala urusannya anakku untuk terus menyambung pelajaran hinggga berjaya dunia dan akhirat..........semoga ilmu yang dituntut ilmu yang berkat...amin.
Tahniah buat ..abang, ingatlah pesan mak walau dimana jua abang berada tunaikanlah tanggungjawab sebagai hamba Allah yang patuh kepada perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
banyak juga borang nak diisi, kemasukkan ke UTP dan borang biasiswa Petronas......pening2.
Kemasukan ke UTP 19 Mei ni..........

Monday 16 May 2011

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA


IMAN SEMUT
zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".





IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Wallahualam

Friday 13 May 2011

WONDERFUL FACTS

'ENERGEIA'=ENERGY
The word energy comes from the Greek word 'energeia'.

CATEGORIZATION OF CLOUDS
Clouds can be categorized into a number of different types; these include cumulus, stratus, and nimbus.



BUTTERFLIES TASTE FOOD USING FEEL?
Butterflies taste food by standing on top of it! Their taste receptors are in their feet unlike humans who have most on their tongue.



VIRUS SMALLER THAN BACTERIA
Viruses are usually around 100 times smaller than bacteria.



HOW TO PRODUCE ELEKTRICITY?
A common way to produce electricity is by hydropower a process that generates electricity by using water to spin turbines attached to generator.

HIPPO IS HUGE BUT STILL RUN FASTER
A hippopotamus may seem huge but it can still run faster than a man.



THE TRICKIEST TONGUE TWISTER
The trickiest tongue twister in the English language is apparently "Sixth sick sheik's sixth sheep's sick". Give it a try and see for yourself.

GOLD MEDALS MADE FROM SILVER?
Olympic gold medals are actually made mostly of silver.



WHAT IS THE DIAMETER OF A FULL SIZED BASKETBALL?
The diameter of a full sized basketball is half the diameter of a basketball hoop.



JENGA
The second best selling game of all time is Jenga. jenga is a Swahili word, meaning "to build"

Wednesday 11 May 2011

HARGA GULA NAIK



Selang sahaja beberapa hari selepas harga minyak RON 97 dinaikkan, bermula pada Selasa, harga gula juga akan dinaikkan lagi sebanyak 20 sen, menjadikan harga gula sekarang adalah RM 2.30 sekilogram.

Alasan kerajaan menaikkan harga gula adalah disebabkan rasionalisasi subsidi, di mana dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen ini, kerajaan dapat menjimatkan RM 116.6 juta untuk subsidi.Kenaikan ini adalah kenaikan yang ke-4 sejak tahun 2010.Adakah dengan kenaikan ini, harga barang-barang makanan dan minuman juga akan turut naik?
Perkara yang positif dari kenaikan harga gula ini, adalah ianya sedikit sebanyak menyebabkan rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian.Namun perkara negatif yang bakal berlaku akibat kesan kenaikan ini, berkemungkinan harga makanan dan minuman juga akan turut naik.

Walauapapun, terpulang kepada anda.Apa pandangan anda semua mengenai kenaikan harga gula ini?

HARGA MINYAK NAIK




Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 0.20 sen menjadi RM 2.90/liter dan menjadi sejarah kenaikan tertinggi harga minyak di Malaysia.

Bagi pengguna minyak RON 95, tidak berlaku kenaikan dan harga masih lagi kekal RM 1.90 / liter.Dalam kenyataan kerajaan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya Negeri Sarawak 2011 tempoh hari, tup-tup, naik 20 sen.Kami memang dah jangka.Kalau kerajaan kata tak naikkan harga minyak, memang akan berlaku kenaikan harga dalam tempoh terdekat.

Kali ini, apa pula alasan kerajaan? Minyak dunia naik lagi? Pada hari pengumuman kenaikan harga minyak sebelum ini, harga minyak mentah pasaran dunia adalah sekitar $115.Tapi, kali ini, harga minyak mentah bergerak pada kadar $110, boleh naik pulak lagi 20 sen?

Kalau dulu rakyat Malaysia boleh bergembira mengisi minyak berkualiti RON 97, kini ramai beralih arah kepada RON 95 untuk mengurangkan kos.Mungkin bagi kerajaan, kenaikan ini tidak seberapa.Tapi kalau satu tangki minyak penuh 40 liter, dengan kenaikan 20 sen/liter, banyak perbezaan di situ.

RON 97-RM 2.70

Minyak penuh 40 Liter= RM 108

RON 97-RM 2.90

Minyak penuh 40 liter= RM 116

Beza RM 8.

* Katakan sebulan isi minyak penuh 4 kali-RM 8 x 4=RM 32/sebulan

* Kalau setahun? RM 32 x 12 bulan = RM 384 / setahun!

Itupun kalau tiada kenaikan dalam setahun.Kalau setahun 3 atau 4 kali naik, tak tahulah apa kami nak kata. Takkan asyik rakyat sahaja yang kena berkorban, kena ubah cara hidup, dipaksa dan ditekan untuk menggunakan minyak yang lebih berkualiti? Tugas kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, bukan hanya nak kejarkan pembangunan yang tidak menampakkan hasil ekonomi.

Kami rakyat dah acapkali mengalah dalam isu kenaikan harga barang dan sebagainya, namun kerajaan masih tidak prihatin terhadap nasib golongan rakyat bawahan.Bukanlah kami menafikan kenaikan harga tidak akan ada, tapi dengan ekonomi rakyat sekarang, ianya terlalu sensitif.

Bukan harga minyak sahaja yang akan naik.Harga barang lain juga akan terikut sama.Mula la para peniaga menaikkan harga barang sesuka hati, atas alasan minyak naik.Padahal bukan mereka hantar barang guna minyak RON 97 pun!. Takkan la sampai nak jadi macam Kerajaan di Mesir dan Libya, baru pemimpin ni nak bertolak-ansur dengan rakyat?

Mungkin dalam masa terdekat ini, perkara ini tidak berlaku, tapi kalau dah asyik kena “tunjal” kepala je bertahun-tahun, sampai nak makan pun susah, inflasi meningkat, kerja tak ada, harga barang naik melampau, kebangkitan rakyat menentang rejim kerajaan sekarang tidak mustahil.

Apa-apa pun, apa pandangan anda dalam kenaikan harga minyak terbaru ini?

Tuesday 10 May 2011

TELEFON BIMBIT?

Tahukah anda penggunaa telefon bimbit yg lama akan mengakibatkan tekanan darah tinggi jika ianya digunakan terlalu lama. Ia berkaitan dgn aktiviti pembuluh darah yg rehad akibat medan elektromagnetik frekuensi radio. Bagi yg sedang bercinta kurangkanlah masa utk berbual di hp. Selain elektromagnetik yg berisiko menyebabkan tekanan darah tinggi, bil telefon yang tinggi juga boleh menyebabkan kesan yg serupa.......fikir2kanlaH



Waspada risiko radiasi telefon bimbit

SATU laporan Reuters dari Philadelphia, Amerika Syarikat minggu lalu menyatakan bahawa satu class action (tindakan mahkamah oleh seorang plaintif bagi pihak sekumpulan plaintif yang ramai) telah difailkan di mahkamah terhadap syarikat pembuat dan pembekal telefon bimbit di negara itu.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada Jumaat, 20 April lalu itu, plaintif mendakwa bahawa bahang radiasi dari telefon bimbit yang digunakan oleh plaintif mendatangkan bahaya (menyebabkan mudarat) kepada kesihatan, termasuklah pelbagai infeksi (kesan paling ringan) dan kerosakan otak (kesan yang lebih teruk).

Dalam pernyataan tuntutan setebal 58 muka surat yang difailkan di mahkamah negeri Maryland di Baltimore, plaintif mendakwa bahawa pembuat dan pembekal telefon bimbit di negara itu tahu bahawa produk mereka ada mengeluarkan gelombang mikro radiasi di tahap yang tidak selamat bagi pengguna, tetapi sengaja tidak mendedahkan fakta itu kepada pengguna.

Sehubungan itu, satu lagi tuntutan yang serupa difailkan oleh plaintif lain di New York pada hari Khamis sebelumnya.

Antara syarikat yang disebutkan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah itu adalah Motorola Inc., Nokia Corp., Verizon Communications dan Sprint PCS. Sehingga hujung minggu lalu, defendan tersebut enggan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung tindakan mahkamah ini, selain mengatakan bahawa kes itu sedang diteliti oleh peguam masing-masing.

Jurucakap Verizon Communications, Nancy Stark, bagaimanapun dilaporkan berkata bahawa standard keselamatan telefon bimbit ada ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan dan Pentadbiran Dadah dan Makanan (FDA) dan syarikatnya telah lama mematuhi standard tersebut.

Nancy menambah bahawa berasaskan kajian dan data sainstifik, FDA telah menyatakan bahawa telefon bimbit yang dipasarkan oleh syarikatnya tidak mendatangkan apa-apa risiko kepada kesihatan pengguna.

ASAS TUNTUTAN

Dalam tuntutannya, plaintif mendakwa bahawa cara biasa telefon bimbit digunakan (yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak.

Dalam tuntutan mereka, plaintif tidak menuntut ganti rugi am kerana mudarat sebenar yang ditanggung (boleh jadi kerana kesukaran mengemukakan bukti mengenainya). Sebaliknya, plaintif menuntut wang pampasan untuk membeli peralatan telefon yang lebih selamat (tidak menimbulkan risiko), serta ganti rugi punitive (menghukum) yang akan ditaksirkan oleh juri.

INDUSTRI TELEFON BIMBIT

Industri telefon bimbit di Amerika Syarikat dianggarkan bernilai AS$53 bilion, manakala penggunanya dianggarkan berjumlah 113 juta orang, iaitu kira-kira kurang sedikit dari satu perlima pengguna seluruh dunia, yang dianggarkan (pada awal tahun 2001) berjumlah 625 juta orang. Pada setiap hari, lebih 30,000 pengguna baru telefon bimbit didaftarkan di Amerika.

Setakat ini, lebih sedozen tuntutan mahkamah telah difailkan oleh beberapa kumpulan plaintif terhadap industri ini. Boleh dikatakan semuanya gagal, baik yang difailkan di Amerika Syarikat mahupun di negara lain (seperti di China). Kebanyakan tuntutan itu ditolak di peringkat awal. Belum ada yang sampai hingga ke peringkat perbicaraan di hadapan mahkamah.

Dalam kes terbaru minggu lalu ini, ia difailkan oleh seorang peguam bernama Peter Angelos, yang banyak pengalaman mengendalikan kes serupa ini terhadap syarikat-syarikat rokok dan asbestos di Amerika dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada Januari lalu, Angelos mewakili seorang pakar neurologis dari Baltimore dalam tindakan mahkamahnya, di mana pakar itu mendakwa telefon bimbitnya telah mengakibatkan ketumbuhan pada otaknya.

Akhbar tempatan, Baltimore Sun, dalam satu laporannya berhubung kes yang difailkan ini, menyarankan pengguna telefon bimbit di negeri itu untuk sentiasa memakai alat telinga apabila menggunakan telefon bimbit.

Akhbar itu selanjutnya memetik Angelos sebagai berkata bahawa kaedah `lebih selamat' menggunakan alat telinga ini dengan sendirinya menunjukkan ada bahayanya menggunakan telefon bimbit tanpa alat telinga.

KAJIAN TERDAHULU

Mengikut kajian yang sebelum ini dijalankan oleh New England Journal of Medicine dan Persatuan Perubatan Amerika (AMA) tiada terdapat apa-apa bukti kukuh bahawa penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan ketumbuhan dalam otak kepada penggunanya.

Tetap bertahan

Namun begitu, Angelos tetap bertahan dengan dakwaannya bahawa risiko radiasi (RFR) dari penggunaan telefon bimbit sudah diketahui oleh ahli sains sejak pertengahan tahun 1960-an.

Kata Angelos lagi, kajian sains sudah lama membuktikan bahawa antenna yang dipakai pada telefon bimbit itu boleh mendeposit atau menyampaikan radiasi (RFR) pada badan manusia, boleh menembusi tisu manusia, apatah lagi menembusi otak manusia yang sudah pasti organ manusia paling lembut dan paling sensitif.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan olehnya itu, Angelos menekankan bahawa kesemua defendan tahu tentang penemuan sains ini tetapi mereka sengaja `menyembunyikannya, meremehkan kesahihannya dan berusaha terus menolaknya' supaya mereka boleh terus berleluasa menjual dan mendagangkan produk mereka kepada pengguna, tanpa terikat kepada (mematuhi) standard keselamatan yang sewajarnya.

Satu laporan CNN Julai 2000 lalu memetik FDA sebagai berkata bahawa kajian mengenai risiko radiasi telefon bimbit di negara itu masih belum muktamad. Manakala ada kajian yang mengatakan ada bahaya, ada pula kajian lain yang menafikannya.

Oleh itu, kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan. Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, FDA menyarankan pengguna telefon bimbit untuk sentiasa menggunakan alat telinga bila menggunakan telefon.

FDA juga menasihatkan pengguna supaya menggunakan telefon bimbit untuk jangka waktu yang pendek sahaja. Andainya mereka berhasrat berbual atau berbincang panjang, gunakan telefon biasa dan jangan gunakan telefon bimbit.

MENGUKUR KADAR RADIASI

Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49

(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45

(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45

(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44

(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Alangkah baik sekali jika Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga dapat mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini.

Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

Sementara kita menunggu data sedemikian itu diumumkan oleh kerajaan kita, wajarlah sebagai langkah awalan kita gunakan alat telinga setiap kali kita berbual panjang menerusi telefon bimbit.

JANGAN ABAIKAN WAKTU TIDUR


JANGAN ABAIKAN WAKTU TIDUR

orang yang tidur kurang drpd enam jam setiap malam akan mengalami risiko mati lebih awal sehingga 70%. Fakta ini merujuk kepada salah satu kajian yang dilakukan di California. Hendak sihat dan umur lebih panjang, tidurlah mengikut kadar yang sepatutnya ialah lapan jam sehari. walaupun ajal maut ketentuan Allah tetapi anda perlu berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat. secara logiknya bila kita dapat tidur yang cukup insyaallah badan kita akan rasa segar dan sihat.

KISAH SEDIH KASIH SEORANG IBU

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Sunday 8 May 2011

HARI IBU 2011


alhamdulillah ............bersama ank sulong kat kelab Darul Ehsan lunch sempena hari ibu undang Muzikfm. Artis undangan farhan. Selaku penerbit Muzikfm kak Masnah Abdul dengan panggilan mesara kak mas sememangnya amat mesra dan peramah. Sebelum kami dihiburkan dengan dendangan farhan dan aktiviti yg bakal berlangsung kami dijemput menjamu selera terlebih dahulu.
alhamdulillah byk makanan yg dihidangkan. Apa yg penting aku mendahului dgn mengambil buah2an (ikut sunah mudah2an berterusan). sambil mkn borak2 ngan kak masnah . Aku duduk semeja ngan Farhan yg sedang rancak berborak ngan pengacara majlis kak Shahanaz. Aku dengar je tapi sekali sekala nyampuk la jugak.
ambik mknan berat la plak.....nasi sikit je lauk semua aku bedal..aku ambil semua ckit2 nak rasa.
Pengacara kak shanaz memulakan acara ngan contest ucapan hari ibu. dari satu meja ke satu meja kak shahnaz berjln mencari peserta yg ingin membuat ucapan. ada la 4, 5 org yang menyahut cabaran hingglahlah akhirnya nama pemenang diumumkan hadiah berupa hamper.
aktiviti seterusnya menghias cup kek. Hanya 5 org peserta diperlukan dan yang penting anak-anak...ya la kek tu dihias khas utk ibu masing2. klemkabut setiap peserta menyiapkan kek tersebut..anak saya pun masuk gak. menggigil tangan masing2 bila pegang bekas ising nak hias kek...ni mesti firstime. akhirny diumumkan pemenang...nak tau tak siapa menang. jeng3............semua peserta menjadi pemenang..bestnya. hadiah diakhir majlis nnti ya.
aktiviti seterusnya wajah anak seiras ibu. aku ngan anak aku seiras ke? masuk je la mana tau nnti semua peserta menjadi pemenang gak dapat gak hadiah. la ramainya pasangan ibu ngan anak ambil bahagian, ni mesti nak hadiah. setiap pasangan ibu dan anak di interview oleh kak shanaz. pemenang diakhir majlis.
catwalk...........eh mana plak datangnya kucing kat majlis ni. bukan kucing la ....catwalk yang jln atas pentas mcm model2 tu. aku nak masuk...haram. benda mcm ni aku memang malu nak sertai. tak masuk pun tak pa klau hadiah lumayan pun ...aku takan masuk. peserta 1o orang gak. muzik pun dibunyikan tanda catwalk bermula. wah ibu2 semua spoting sangat gaya lebih dari model lagi.
inilah masanya farhan mula buat persembahan. Nyanyian dimulakan dengan lagu....lupa lak tajuknya to berkenan ibu la..........lagu sedih....terkenang ibu yg telah tiada. Al fatihah buat ibu AISHAH BINTI SIDEK. Akhirnya 5 buah lagu farhan sumbangkan.
masa penyampaian hadiah. yeah...........aku dan anak menang wajah seiras.
jam menunjukan pukul 3.15 my husband dah sampai. So aku terpaksa meninggalkan majlis...cian plak nnti dia tunggu lama.
ok semua saya chow dulu.............TERIMA KASIH BUAT MUZIKFM AND KELAB DARUL EHSAN
SAYONARA............ADA UMUR KITA JUMPA LAGI



Wednesday 4 May 2011

LOYA




buah pala merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening2 atau tanda2 lain yg berkaitan dgn pitam. Ianya juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya mengandungi sejenis minyak berkhasiat yg boleh digunakan sebagai salah satu ramuan utk membuat minyak panas bg mengubati pelbagai penyakit. Pala merupakan buah tempatan yg bernilai tinggi dalam nilai perubatan

KENCING MANIS

BELIMBING

belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yg enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus . nama sainsnya "Averhoa crambola" dan sekeluarga dengan "oxalidacease". Belimbbing mempunya khasiat perubatan. Pengidap kencing manisa dapat menurunkan paras gula dlm darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yg mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

ADA MAKANAN LEBIH TAK, ENCIK?



Seorg pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya
Pengemis: Ada makanan lebih tak encik?
Tauke: Tak da
Pengemis: Iyalah sudah nasibku (sambil mengeluh dan terus berlalu pergi)
Keesokan harinya pengemis tersebut pergi kewarung itu lg dan bertanya soalan yg sama. Begitulah juga, hari2 berikutnya. Tetapi beliau tetap menerima jawapan yg sama iaitu "tak da". Akibat jemu soalan yg sering ditanya oleh pengemis, akhirnya tauke itu berkata
Tauke: Saya sudah berkali2 cakap, saya tak da makanan lebih utk diberikan kpd kamu. Semuanya habis dijual. Jika kamu bertanya lagi saya akan pakukan kaki kamu kat lantai.
Keesokkannya, pengemis itu dtg lagi ke warung dan bertanya
Pengemis: ada paku?
Tauke: tak da
Pengemis: ada makanan lebih tak, encik?
Tauke: @#$%^(&

SESAT

pd suatu hari, ada seorg mamat yg dtg dr bandar utk melawat saudaranya di kampung. Sedangkan dia tak tahu selok belok kampung tersebut. Lalu dia berjumpa dgn seorg Pak Haji yg kebetulan lalu kat situ.
Mamat: Tok tolanglah....saya ni dah sesat....
Pak Haji: syukurlah...kau dah insaf. Bertaubatlah..pintu taubat masih terbuka
Mamat: Err... taubat pa pulak ni tok? saya sesat jalan...bukannya sesat kerana ajaran sesat.
Pak Haji: Aiseh.....silap tafsir la pulak..

ANAK DAN AYAH

Pabila Mohd pulang dr sekolah, belaiau menceritakan kpd ayahnya yg tidak pernah bersekolah.
Mohd: ayah tadi saya dimarah cikgu
Ayah: Kenapa?
Mohd: td saya tidak dpt menjawab soalan cikgu
ayah: apa yg disoal cikgu?
Mohd: Dimana letaknya Washington.....
ayah: bodohnya kamu! lain kali kalau letak sesuatu benda jgn lupa ingat kat mana tempatnya........
anak: ??????????

Tuesday 3 May 2011

FAHMI



inilah  putera bongsuku....mohd fahmi faiq. keletah,kuat mengusik, menangis,menjerit semuanya ada dalam pakej ankku ini.. semlm dlm perjlnan balik dr melawat kakaknya dr poli kami singgah pray disebuah masjid di sg besar. Biasalah pompuan ni selalu lambat sikit yalah nak lipat telekung, betulkan tudung, mekap( tp masa tu aku tak mekap pun),,,so aku lambat masuk keta, nape mak lambat? tanya ankku.....mak ni lambat mcm ulat gonggok la. sambungya tanpa sempat aku menjawab. selalu aku dgr org kata lambat mcm siput boleh plak dia samakan aku mcm ulat gonggok. lepas tu mula la dia merepak tanya soalan lebih payah dr SPM. Ayah nape kartun dlm tv boleh masuk api dlm mulut tp tak ada apa2 pun...terer. nape kete ayah perlahan sgt, tak cukup power ya....bla2....
.Oh lupa plak nak bagitau umur fahmi ni 5 tahun, eh tk cukup lg 5 tahun bulan okt tahun ni baru cukup 5 tahun. sek tadika kat belakang rumah je. kami panggil dia adik, fahmi atau faiq. bangun pg punya la awal kul 6 dah bangun lepas tu sibuk tanya kul bape nak mandi, dah mandi tanya plak kul bape nak g sek, masuk kul 8.30, sek belakang umah je selalu kul 8.25 baru g. Yang kelakarnya sebab bangun awal sgt lepas, mandi and sarapan lebih kurang kul 8 lebih dia boleh tertidur plak (ikut dia je mana nak landing...depan pintulah , tgh2 ruang tamu,atas sofa) tp alhamdulillah senang nak kejut....semangat nak sek
 tu ada.

RIWAYAT SEORANG IBU




Riwayat Seorang Ibu

Ibu...
Setelah kau tiada
Kenangan manis bersamamu sering muncul
Keheningan malam begini sering menggamit
Belai kasih dan ukiran senyummu ibu...

Ibu...
Setiap kesusahan hidup insan yang ku lihat
Aku sering membayangkan
Itulah pengalamanmu

Melahir dan membesarkan 10 orang anak-anakmu
Sudah cukup menyiksakan
Tetapi menerima dugaan dari karenah anak-anakmu
Jauh lebih berat dari itu

Ibu...
Sewaktu hayatmu dulu
Telah ku cuba semampuku
Untuk membahagiakanmu

Dan waktu itu aku kira cukup
Memadai dengan kemampuanku
Waktu itu aku kira, ia cukup
Untuk membalas jasamu

Tapi kini ibu..
Seringku rasakan
Bahawa aku tidak pernah berbakti
Sama sekali untukmu

Tidak cukup dan tidak mungkin
Akan cukup sama sekali
Untuk membalas pengorbananmu

Oh ibu...
Aku ingin sekali kiranya
Kau ada di sisi saat ini
Mengecap nikmat hidup bersama kami
Menikmati hidup hasil pengorbananmu

Ibu...
Masih ku ingat lagi di zaman kecilku
Saban hari kau hidup berpanas berhujan

Di gelap pekat sebelum subuh lagi
Di waktu insan lain masih lena tidur
Ibu berlampu minyak keluar bekerja

Diterik mentari siang engkau menjemur diri
Bersawah, berladang
Di getah tua ibu sabar memotong
Engkau tabah tidak meminta tolong

Ibu...
Berbelas tahun aku merantau menuntut ilmu
Berjuang atas keringat dan pengorbananmu
Abang dan kakak juga begitu
Kononnya berusaha untuk membahagiakanmu

Namun
Alangkah malangnya dikau wahai ibu
Belum pun puas aku berbakti kepadamu
Dikau pergi ke pangkuan Ilahi
Pergi buat selamanya tidak kembali lagi

Masih ku ingat lagi ibu
Di tapak rumah usang ini
Ku tinggalkan dikau kesepian mengurus diri
Di rumah yang bocor di sana sini

Di bawah panas zink yang tidak bersiling
Di lantai simen engkau berguling
Tidak beralas mencari dingin
Mengimbangi bahang panas atap zink

Tidak seperti anak cucumu ibu
Semuanya kini tinggal di rumah batu
Lengkap dengan kipas angin
Lengkap dengan hawa dingin

Ibu...
Mulia hatimu tidak terperi
Ibarat lilin membakar diri
Berbakti dengan setulus hati
Dan darimu ibu banyak aku pelajari

Erti kepatuhan pertiwi
Erti pengabdian Ilahi
Erti kebaktian di alam ini
Erti pengorbanan insani

Ibu...
Aku amat bersyukur sekali
Mendapat ibu yang sangat disenangi
Dinilai amal budi dan bakti
Hingga pemergianmu ibu ditangisi

Seluruh laman dan rumah usang dibanjiri
Memberi penghormatan terakhir kali
Mengirim jasadmu ke pusara sepi
Pergi menemui Ilahi

Ibu...
Ampunkanlah aku
Jika pernah mengecewakanmu
Halalkanlah setiap tetes susumu ibu
Yang kau beri untuk menghisupkan aku

Halalkan setiap tetes
Keringat pengorbananmu ibu
Sepanjang hayatmu
Untuk membahagiakan ku

Ya Tuhan...
Ampunilah segala dosa ibu
Janganlah kau siksa ia
Kau rahmatilah, kau kasihilah ia
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu ya Tuhan
Agar aku dapat menyambung amal ibu
Dan demi mu ibu
Aku wakafkan harta dan diri ini

Aku rasakan hidup ini singkat sekali
Ingin ku sambung amal dan bakti mu
Untuk membahagiakan insan seperti mu
Insan yang bernama ibu

Al-fatihah buatmu ibu
Al-Fatihah...

SAJAK

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 15 MEI 2011, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

~tinta lughahwi~


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

~???~


Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

~Muhammad Syafiq~


Sajak Untuk Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

~Sulaiman~


Aku Masih Ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

PELEMBUT HATI

salam buat semua
Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut .
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir

TUTUP AURAT BIAR SEMPURNA

Sungguh mengagumkan apabila fesyen terutama untuk wanita membuka ruang diskusi dan perdebatan, dari pentas peragaan di Paris dan New York hingga kepadang pasir berkerikil di negara Arab mengenai pakaian lelaki dan wanita sama ada dipandang dari sudut negatif atau positif.

Beberapa tahun lalu, perdebatan berkisar isu pakaian wanita Islam hebat diperkatakan dan aspek yang sangat mempesonakan ialah kebanyakan perdebatan itu didominasikan bukan Muslim.

Kepada sesetengah pihak, wanita bertudung lingkup dari kaki hingga kepala didakwa sebagai satu penindasan, manakala yang lain cuba memahami logik yang tersirat di sebaliknya, sementara bakinya tidak mempedulikannya malah berpendapat penerimaan cara berpakaian hak individu.

Sesuatu pakaian boleh dikatakan fesyen atau tidak bukannya berdasarkan faktor negara semata-mata. Jika anda dari Afrika Barat, contohnya warna terang, pakaian panjang dan aneka hiasan lazimnya mendominasi fesyen pakaian.

Jika anda dari Pakistan, mungkin menjadi cantik dengan 'salwar kameez' (baju dan seluar yang longgar) yang ditakrifkan sebagai sentuhan menarik. Tetapi sekiranya anda mengenakan gaya berfesyen ekstrem dari Barat, norma atau kebiasaan yang perlu dibayar terlampau mahal harganya.

Beberapa tahun lalu, kita mendapati peningkatan bilangan remaja perempuan Islam mengenakan tudung untuk menutup kepala dan berpakaian dengan gaya sederhana.

Walaupun ia mungkin menjelakkan bagi golongan yang cenderung kepada 'kebebasan' dalam berfesyen, aliran itu semakin meningkat.

Ketika fesyen golongan lelaki tidak mendapat perhatian sebagai tajuk besar, fesyen wanita adalah sebaliknya mempunyai pengaruh kuat dalam hubungan sosial dan ekonomi.

Jika kita menyelidik lebih dalam, kita akan menemui sejumlah wanita Islam yang cenderung kepada pakaian sederhana.

Kita juga akan menemui wanita mengenakan tudung kerana pelbagai sebab dan alasan.

Di kebanyakan negara majoriti penduduknya Muslim, terutama negara Arab, transformasi kepada kesederhanaan berpakaian menunjukkan peningkatan dramatik beberapa tahun kebelakangan ini.

Anda boleh terus menyelidiki senario ini, bilangan wanita memakai tudung kerana menjadi amalan masyarakat dari generasi ke satu generasi, wanita memakai tudung kerana sebahagian daripada fesyen atau mereka mengubah suai sehingga mewujudkan pelbagai gaya pemakaian tudung.

Kemudian, anda juga boleh menemui keseimbangan wanita yang mengutamakan kepercayaan agama, malah memahami kepentingannya dan oleh kerana itu memilih untuk memakai tudung.

Jika kita menoleh ke perbatasan Indo-Pakistan, ada kecenderungan berbeza dalam aspek ini. Pakaian wanita lebih sederhana, sama ada dengan 'salwar kameez' atau 'sari'.

Tetapi di kalangan masyarakat Islam, wanita juga ada kelihatan tidak menutup kepala atau menutupinya secara acuh tidak acuh. Di sini mungkin ada alasan berbeza, tetapi secara asasnya menutup kepala secara sempurna adalah tanggungjawab beragama.

Adakah anda pernah bertanya pada diri anda. "Kenapa saya memakai pakaian begini? Adakah bagi mematuhi peraturan agama kerana pengaruh budaya atau sosial? Kemudian, apakah cita rasa cara berpakaian anda dipengaruhi agama yang anda anuti, kewarganegaraan anda, atau masyarakat anda? Apakah anda juga dipengaruhi aliran fesyen tempatan atau antarabangsa?

Maryam, 19, dari Ghana, berkata jika mengikut budaya wanita di negaranya, mereka mengenakan pakaian panjang dan menutup kepala.

"Tetapi dengan semua yang berlaku seluruh dunia, kini saya mempunyai banyak persoalan dan mahu mengetahui agama lebih baik.

"Saya mula memakai hijab dan berasakan lebih banyak kebaikan mengenainya. Walaupun tiada yang ingin mendekati saya dan ini mungkin satu masalah, menutup kepala adalah tuntutan agama dan budaya. Saya memilihnya kerana tuntutan agama," katanya.

Ruqayya, 22, dari Afrika Selatan, yang menggemari fesyen pakaian, berkata sebelum ini dia berpendapat aktiviti berfesyen bercanggah dengan agama.

"Tetapi sekarang saya tidak berfikir demikian. Saya percaya anda dapat memberikan komitmen kepada agama dan terus berfesyen, selagi anda memenuhi tuntutan syariat dan kod pakaian yang ditetapkan Islam.

"Hanya dua tahun lalu, saya mula berfikir mengenai hijab," katanya yang sentiasa berpakaian sederhana (baju labuh dan berseluar atau berkain labuh).

"Saya mahu menutup rambut dan saya suka berbuat demikian dalam majlis tertentu. Saya tahu ia tidak sepatutnya dalam majlis tertentu. Bukan bermakna saya enggan memakainya, tetapi apabila saya mahu memakainya, saya mahu niat saya ikhlas," katanya.

Huda, 16, dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), berkata: "Saya berfesyen untuk menarik hati.

Memang bukan begitu sepatutnya, tetapi saya hanya menjelaskan sikap jujur saya." Dia bukannya mengenakan pakaian untuk menunjuknunjuk, tetapi dia memang suka kepada aksesori dan kelihatan anggun.

"Saya tidak kisah apa yang rakan saya fikir terhadap pakaian saya. Saya suka pujian dan berbual mengenai fesyen terbaru," katanya.

Mengenai fesyen, secara langsung atau tidak, secara sedar atau tidak, orang akan sentiasa terpengaruh dengannya. Aliran fesyen bergerak pantas dan ramai remaja mendapati mereka tertekan apabila mahu menyesuaikan diri dengan gaya fesyen terkini.

Tetapi segelintir dapat menenangkan diri mereka daripada menghadapi kekalutan itu.

Ketika sesetengah memberikan alasan, fesyen membuatkan orang kelihatan anggun, sebaliknya ia juga boleh membawa masalah apabila ia mempengaruhi harga diri orang.

Penting untuk mengetahui alasan anda berpakaian sedemikian. Dengan cara itu, anda dapat menerima pilihan gaya anda dengan alasan munasabah. Apa yang penting pakaian anda menepati hukum Allah.