follow la me..................follow jgn tak follow

nuffnag

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Wednesday, 11 May 2011

HARGA GULA NAIK



Selang sahaja beberapa hari selepas harga minyak RON 97 dinaikkan, bermula pada Selasa, harga gula juga akan dinaikkan lagi sebanyak 20 sen, menjadikan harga gula sekarang adalah RM 2.30 sekilogram.

Alasan kerajaan menaikkan harga gula adalah disebabkan rasionalisasi subsidi, di mana dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen ini, kerajaan dapat menjimatkan RM 116.6 juta untuk subsidi.Kenaikan ini adalah kenaikan yang ke-4 sejak tahun 2010.Adakah dengan kenaikan ini, harga barang-barang makanan dan minuman juga akan turut naik?
Perkara yang positif dari kenaikan harga gula ini, adalah ianya sedikit sebanyak menyebabkan rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian.Namun perkara negatif yang bakal berlaku akibat kesan kenaikan ini, berkemungkinan harga makanan dan minuman juga akan turut naik.

Walauapapun, terpulang kepada anda.Apa pandangan anda semua mengenai kenaikan harga gula ini?

HARGA MINYAK NAIK




Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 0.20 sen menjadi RM 2.90/liter dan menjadi sejarah kenaikan tertinggi harga minyak di Malaysia.

Bagi pengguna minyak RON 95, tidak berlaku kenaikan dan harga masih lagi kekal RM 1.90 / liter.Dalam kenyataan kerajaan bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya Negeri Sarawak 2011 tempoh hari, tup-tup, naik 20 sen.Kami memang dah jangka.Kalau kerajaan kata tak naikkan harga minyak, memang akan berlaku kenaikan harga dalam tempoh terdekat.

Kali ini, apa pula alasan kerajaan? Minyak dunia naik lagi? Pada hari pengumuman kenaikan harga minyak sebelum ini, harga minyak mentah pasaran dunia adalah sekitar $115.Tapi, kali ini, harga minyak mentah bergerak pada kadar $110, boleh naik pulak lagi 20 sen?

Kalau dulu rakyat Malaysia boleh bergembira mengisi minyak berkualiti RON 97, kini ramai beralih arah kepada RON 95 untuk mengurangkan kos.Mungkin bagi kerajaan, kenaikan ini tidak seberapa.Tapi kalau satu tangki minyak penuh 40 liter, dengan kenaikan 20 sen/liter, banyak perbezaan di situ.

RON 97-RM 2.70

Minyak penuh 40 Liter= RM 108

RON 97-RM 2.90

Minyak penuh 40 liter= RM 116

Beza RM 8.

* Katakan sebulan isi minyak penuh 4 kali-RM 8 x 4=RM 32/sebulan

* Kalau setahun? RM 32 x 12 bulan = RM 384 / setahun!

Itupun kalau tiada kenaikan dalam setahun.Kalau setahun 3 atau 4 kali naik, tak tahulah apa kami nak kata. Takkan asyik rakyat sahaja yang kena berkorban, kena ubah cara hidup, dipaksa dan ditekan untuk menggunakan minyak yang lebih berkualiti? Tugas kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyat, bukan hanya nak kejarkan pembangunan yang tidak menampakkan hasil ekonomi.

Kami rakyat dah acapkali mengalah dalam isu kenaikan harga barang dan sebagainya, namun kerajaan masih tidak prihatin terhadap nasib golongan rakyat bawahan.Bukanlah kami menafikan kenaikan harga tidak akan ada, tapi dengan ekonomi rakyat sekarang, ianya terlalu sensitif.

Bukan harga minyak sahaja yang akan naik.Harga barang lain juga akan terikut sama.Mula la para peniaga menaikkan harga barang sesuka hati, atas alasan minyak naik.Padahal bukan mereka hantar barang guna minyak RON 97 pun!. Takkan la sampai nak jadi macam Kerajaan di Mesir dan Libya, baru pemimpin ni nak bertolak-ansur dengan rakyat?

Mungkin dalam masa terdekat ini, perkara ini tidak berlaku, tapi kalau dah asyik kena “tunjal” kepala je bertahun-tahun, sampai nak makan pun susah, inflasi meningkat, kerja tak ada, harga barang naik melampau, kebangkitan rakyat menentang rejim kerajaan sekarang tidak mustahil.

Apa-apa pun, apa pandangan anda dalam kenaikan harga minyak terbaru ini?

Tuesday, 10 May 2011

KISAH SEDIH KASIH SEORANG IBU

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".