follow la me..................follow jgn tak follow

nuffnag

Tuesday, 3 May 2011

KEKAYAAN YANG BERKAT

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu".

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya.(Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%).

Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.

Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

SETITIS NIKMAT PERLU DISYUKURI

Dengan adanya akal maka dapatlah manusia membuat perbezaan antara perkara yang baik dengan yang buruk, yang tinggi dengan yang rendah, yang hitam dengan yang putih, yang hak dengan yang bathil dan sebagainya. Bagaimanapun, ada pula di antara manusia yang tidak mahu menggunakan akal yang dikurniakan Allah itu untuk menentukan garis pertimbangan kehidupan mereka seharian. Hidup mereka dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terpedaya dengan godaan syaitan.

Ada satu anugerah yang jarang disyukuri manusia. Biasa yang kita dengar. Si pelajar bersyukur dengan markah peperiksaan yang cemerlang. Si suami soleh bersyukur mendapat isteri solehah. Si ibu bersyukur di kurnia anak-anak yang bijak pandai. Si peserta Akademi Fantasia juga bersyukur apabila bergelar juara. Pendek kata, di dunia ini manusia akan bersyukur apabila mendapat perkara yang diingini. Namun satu perkara yang mungkin lupa disyukuri oleh kebanyakan manusia adalah nikmat lahir sebagai seorang Islam. Apabila lahir saja, kita diazankan, nama pula diberi berbin dan berbintikan bapa, tandanya kita seorang yang beragama Islam.

Namun adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup sebagai Islam? Adakah semua manusia mengamalkan gaya hidup seiring dengan penyaksian shahadah yang menjadi kunci keislaman mereka? Berapa ramai orang Islam yang masih menari terlompat-lompat di pusat hiburan. Berapa ramai wanita Islam yang mengandung anak luar nikah. Berapa ramai pasangan Islam yang membuang anak hasil hubungan terlarang. Berapa ramai orang Islam yang masih meneguk arak ketika mengalami tekanan. Lihat, dengar dan renunglah dengan hati, adakah itu tanda kesyukuran kita dengan anugerah dilahirkan sebagai seorang Islam.

Lihatlah manusia yang tiada agama. Mereka berjaya dalam kehidupan. Rumah besar, pangkat besar, pendek kata semua yang diimpi menjadi nyata. Namun alangkah sedih melihat mereka bertindak apabila tertekan. Ada yang terjun bangunan. Ada yang terjun landasan kereta api. Kalau difikir, mana mungkin orang berpelajaran tinggi sanggup mengambil jalan semudah itu sebagai penyelesaian kepada tekanan diri. Yang jelas disitu, mereka tiada tempat mengadu. Mereka tidak tahu dimana mahu mengadu.

Cukup berbeza dengan orang Islam. keindahan Islam itu jelas dan nyata. Kita punya Allah, Tuhan yang Maha Esa sebagai tempat mengadu. Tidakkah kita renung kembali. Walaupun setiap hari melakukan dosa, setiap hari membuat Allah murka, tapi jika kita menadah tangan berdoa dengan yakin, Allah pasti kabulkan permintaan kita. Kita sedih, Allah memujuk. kita gembira Allah mengingatkan.

Walhal, sanggupkah kita bersyukur walaupun diberikan nikmat setitis air, ataupun kita merungut? Apabila hari terik, kita merungut panas, Allah berikan titisan hujan, kita merungut hujan menyusahkan. Bahkan kita membezakan apabila cuara cerah kita kata "Cuaca harini sangat baik", apakah apabila hujan ia bukan cuaca yang baik? kita banyak mementingkan diri sendiri dari mengutamakan kepentingan Allah Swt.

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lagu Ciptaan : Nazrey Johani
Lirik Nukilan: Pahrol Md. Juoi
Nyanyian Asal: The Zikr

INGATLAH!!

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 152)

Monday, 2 May 2011

dinner with pelakon trilogi cinta








sabtu 30 april penghujung bulan 4 aku ada date ngan pelakon trilogi cinta di menara kl 8 malam.
Aku sampai kat sana kul 7.45...aku tak terus naik atas aku meninjau 2 dibawah dulu. Ada pameran warisan perak........so aku pun g la lawat pameran tu. tiba-tibaaaa bau yg amat menusuk hidung....cuba teka apa dia. baunya memang tak wangi tp rasaya memang amat menyelerakan. ha itulah bau ikan pekasan. disitu ada ikan pekasan yg telah dimasak utk dicuba oleh pelanggan utk mencuba. wah sedapnya bau je kurang menyenangkan. teringin nak beli tapi tkut plak nnti berbau satu restoran tu so aku cadang blk nnti nak beli. aku teruskan perjlnan byk brg warisan perak dijual contohnya labu sayong, anyaman bakul pelbagai. di bahagian bwh ada disediakan permainan tradisional spt congkak dll.
ku lihat jam menunjukan pukul 8 aku pun terus naik kerestoran .............hai tak ada lg tetamu sampai tapi costumer restoran ramai gak. aku lepak je la kat meja yg dah dibooking. lebih kurang 15 minit baru 4 org tetamu sampai....para pelakon tak sampai lagi.
Akhirnya sampailah tetamu yg ditunggu en rosyam noor, fauziah gous dan pelakon lain sampai.
Akak Noraini Ibnu dr RTM lah sebgai pengatur majlis. semuanya ramah and tamah............
Rosyam suruh kami semua mkn dulu lepas tu baru snap2 gambar. wah selera fouziah gous boleh tahan gak. Aku cuba cungkil rahsia dr fouziah....nak tau apa aku tanya dia? ala tentang diet dia je, yalah mkn byk tp bdn still mantain. Dia ckp dia memang suka mkn tp dia slalu g gym....fouziah memang comel and peramah.Fazurina dtg lewat ckit . Ooooo lupa lak ada sorang lg pelakon lelaki namanya Roslan Salleh ,
makan, tangkap gambar, borak2 itulah aktiviti kami hinggalah akhirnya kami chow balik ke destinasi masing2. buat muzikfm thanks and pelakon trilogi cinta U all memang best. Khas buat kak Noraini ibnu time kasih byk akk

BERITA DINNER KAT MENARA KELUAR PAPER BERITA HARIAN 4 MAY 2011






,





Tarikh: 2 Januari 2011,
Hari: setiap Ahad dan Isnin,
Masa: 10.00 malam
Episode: 40 episod
Pelakon: Fouziah Ghous, Rosyam Nor, Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman

Sinopsis Trilogi Cinta (TV1)

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan,Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

pameran buku


PAMERAN BUKU 2011(22APRIL-1MAY)
pameran buku 2011.....firstime g hari khamis ngan ank sulong and bongsu, ingatkan tak ramai org...ya allah ramainya org. Dugaanku meleset samasekali..........adu letihnya kaki and tgn bawa muatan lebih. akhinya habis jualah lebih kurrang RM250.

Tuesday, 19 April 2011

Sunday, 20 March 2011

SUNGAI KLAH HOT SPRINGS

Lusa cuti sekolah akan berakhir. So kami sekeluarga bercadang nak g beridah. Pikir punya pikir aku telah terbaca di internet pasal sungai klah di trolak. aku pun cuba cari maklumat dengan lebih lanjut. macam-macam komen yg aku baca tentang tempat tu. Ada yang bagi komen -  tapi banyak yang +. Aku cuba selidik lagi dgn lebih dgn mendapatkan maklumat dari saudara-mara yg pernah pergi, mereka bg respon yg +.
Akhirnya aku ambil keputusan nak g.
Mlm tu aku pun mulakan operasi.............aik operasi apa plak ni. Hehehe.........operasi persediaan utk perut. Apa tu? Bekalan la........cili kering kusuruh anak ke4 gunting untuk diblender. Ikan bilis ank kedua kukopek (belah dua buang kepala and benda asingnya). Setelah ank2 menyiapkan kerja aku siapkan apa yg patut untuk mlm tu. Cadangan masak nasi lemak and pulut . Pulut dimakan dgn ikan masin goreng cili campur bawang pasti menyelerakan selepas penat mandi-manda.
Pagi ni aku bangun pukul 5 untuk membereskan kerja yg belum selesai. masak nasi lemak, tanak pulut, sambal bili, rebus telur, celur kangkung.............apa lagi ya.
Janji kul 6.30 bertolak akhirnya pukul 7.30 baru jalan , biasalah ank2 punya kerenah dah pesan siapkan brg awal2, tp akhirnya masa nak g tu la baru nak menyiapkan segalanya...........apalagi berleterlah aku macam mak nenek (pagi2 dah berdendang) Sabar, sabar bykan istifar..........cuba mengingatkan diri sendiri.
Perjalanan lebih kurang 1jam20minit.................dlm fikiran ok ke tempat tu yalah firstime g, manalah tau apa yg kita harapakan "indah khabar dari rupa".Akhirnya kami sampai terus menuju kat counter tiket, dikenakan bayaran dewasa rm10 and kanak -kanak 3 tahun keatas dikenakan rm8 (mahalnya). Kami diberi gelang sorang satu , bukan gelang emas tau cuma gelang kertas je, pesan org tu pakai sebelum masuk. sambung lain kali..........
ni kolam air sejuk utk kanak2 tak berapa dalam
ada disediakan gelongsor
tempat merebus telur, terlur tak boleh bawa
sendiri, ada disedikan lupa lak harganya,

inilah kolam air sejuk keseluruhan, dibahagi 2 iaitu
kolam dewasa and kanak2 (dibhagi hanya dgn tali yg direntang)

ni kolam utk org dewasa sebelah dgn kolam
kanak2 je.

Thursday, 17 March 2011

suara apakah itu?

Hari ni balik dari antar ank kat poli sabak kami singgah di pantai sabak....relax2. suasana sungguh tenang dengan hembusan bayu yg sepoi2 bahasa. Tiba2...jeng3x, apa yang berlaku....tsunami ke? bukan la jgn buat gempak, semoga bumi malaysia selamat dari segala bencana....amin. Aku terdengar seperti suara yg kukenal....ekekekekek , lebih kurang mcm tu la bunyinya. Bunyi apa ya? jgn suspend...buat biasa je..........ada sekumpulan dolphin(ikan lumba2 la)sedang buat show percuma. wow ! hebatnya hari ini kami diberi peluang melihat show yg tak disangka and diduga. tapi sayang seribu kali sayang show tu sekejap je...akhirnya ikan tu semakin jauh dari pandangan......bye jumpa lagi ya lain kali....sonok sgt persembahan U all hari ni.
                                                                                                                                                                      
inilah pantai sabak.....masa ikan tu buat show lupa lak nak snap gambar..........rugi sangat     .